Jangan halang perjuangan PAS, pesan Hadi

KiniTV 1. August 2017 1 Aufruf

Beschreibung

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengajak seluruh umat Islam, termasuk yang bukan Islam agar mendukung perjuangan parti itu dalam memerintah negara.

Ini kerana, kata Abdul Hadi, parti itu berjaya memerintah Kelantan dan Kedah dengan rekod bebas daripada salah laku seperti penyelewengan dan salah guna kuasa.

Kata Abdul Hadi, Islam mempunyai aspek rohani, dosa dan pahala di mana perkara ini tidak ada pada ideologi yang lain.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada HARAP-PGU 3.7 di Setiu, Terengganu pada Sabtu lalu.

Video dimuat naik Terengganukini di Youtube.