Liverpool tidak dibenar memasuki Jerman bertemu RB Leipzig pada 16 Februari ini

150 Aufrufe
Published
Liverpool dilarang memasuki Jerman untuk perlawanan Liga Juara-Juara menentang RB Leipzig pada 16 Februari ini kerana peraturan ketat pandemik COVID-19.

Polis persekutuan Jerman memaklumkan kepada RB Leipzig hari ini yang kes berkenaan tidak memenuhi kriteria untuk pengecualian perjalanan.

Peraturan Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) menuntut Leipzig mencari jalan untuk menganjurkan perlawanan kelompok 16 Liga Juara-Juara itu, atau berisiko diberikan kekalahan 3-0, tetapi perancangan untuk perlawanan itu diatasi oleh halangan perjalanan Jerman.

Ketua Pegawai Eksekutif RB Leipzig Oliver Mintzlaff berkata kelab akan mencari lokasi alternatif untuk aksi itu.

Leipzig, yang mara ke separuh akhir kejohanan itu musim lalu, dijadualkan bertandang ke Liverpool untuk aksi timbal balik yang akan diadakan secara tertutup pada 10 Mac.
Kategorien
Corona Virus aktuelle Videos
Kommentare deaktiviert.